#08 : Detoks Dengan Makanan Semulajadi
Dalam kehidupan yang kian sibuk mencari sumber pendapatan, aktiviti harian, dan sebagainya kadang-kadang membuatkan kita leka dengan jenis pemakanan kita.Memakan apa sahaja yang tercapai di tangan boleh mengakibatkan toksin dalam badan terkumpul. Detoks dengan makanan semulajadi adalah penting agar badan kita tidak menyimpan toksin yang boleh menjejaskan kesihatan dan melemahkan kita. Di dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsikan beberapa jenis makanan semulajadi yang boleh membantu badan kita sihat dan bersih terutamanya usus. Walaupun sibuk seperti apapun kita dalam pekerjaan dan rutin harian, kita mesti pastikan makanan yang kita ambil adalah jenis makanan yang sihat agar pekerjaan dan aktiviti harian kita tidak terganggu apabila kesihatan kita terjejas akibat dari kesilapan dalam pengambilan makanan. Detoks tidak semestinya membeli produk yang mahal. Detoks dengan makanan semulajadi juga boleh membantu.
Makanan yang berfungsi sebagai detoks mesti diambil setiap hari dalam kehidupan kita. Di bawah merupakan beberapa senarai makanan yang boleh dijadikan sebagai detoks.
1. Epal
Epal merupakan makanan serat yang boleh membantu proses detoksifikasi dalam tubuh badan kita seperti logam dan makanan yang sudah lama terkumpul di dalam badan bertahun-tahun.
Epal adalah sejenis buah yang tidak mengandungi lemak, sodium atau kolestrol. Sebab itulah Epal sangat baik dalam memberikan sumber serat. Buah epal sangat bagus diambil sehari sebiji.
Baca manfaat epal yang mengagumkan!
2. Avokado
Avokado mengandungi glutathione, yang boleh membantu dalam detoksifikasi organ hati dari bahan kimia sintetik dan boleh membuang racun badan yang tidak diingini (toksin).
Avokado juga boleh dihidangkan dalam bentuk pelbagai, ada yang suka meletakkan avokado sebagai inti pada roti.
3. Brokoli
Sayur brokoli merupakan sayur kegemaran ramai. Mudah didapati di pasaraya juga. Malah, sayur ini sangat mudah di masak. Brokoli boleh meningkatkan glutathione di mana ia membantu mengubah toksin dalam badan menjadi satu bentuk yang mudah dihapuskan.
4. Pucuk Brussels
Sama seperti brokoli. Pucuk Brussels merupakan sayur yang menjadi kegemaran ramai. Pucuk Brussels membantu mengeluarkan toksin dari darah dan telah terbukti sebagai pejuang kanser yang hebat.
Pucuk Brussels ini mengandungi vitamin A dan C, asid folik dan serat. Ia boleh melindungi kanser kolon dan perut.
Hidangan 80g pucuk Brussels mengandungi empat kali lebih banyak vitamin C berbanding buah oren dan secawan pucuk Brussels yang dimasak mengandungi hanya kira-kira 60 kalori.
5. Kubis
Sama seperti pucuk Brussels. Kubis juga mengandungi sulfur dan boleh membantu membuat detoksifikasi bagi hati kerana ia mampu merangsang pengaktifan dua jenis enzim detoks bagi organ hati.
6. Lobak
Lobak juga kaya dengan sumber glutathione dan menjadi sayuran yang kuat dalam membantu proses detoksifikasi badan. Selain itu, lobak juga mempunyai kandungan vitamin A dan beta-karotenes. Malah, lobak adalah sejenis sayuran yang manfaat dalam kardiovaskular dan boleh membantu meningkatkan fungsi imun badan.
7. Halia
Halia juga sebahagian dari makanan yang boleh membantu dalam detoksifikasi. Halia boleh membantu membuang sisa tidak berguna dalam tubuh dan merangsang metabolisme tubuh badan selain dari menyokong fungsi hati sepanjang hari.
8. Lemon
Buah sitrus ini boleh membantu menukar toksin menjadi larut air yang dapat dikumuhkan dengan mudah dari tubuh badan. Lemon juga boleh menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diingini dari tubuh badan.
9. Bawang Merah
Bawang merah juga mengandungi amino asid dan sulfur. Bawang merah boleh membantu detoksifikasi hati dan membawa pelbagai manfaat untuk kesihatan yang lain juga.
10. Nenas
Buah nenas mengandungi enzim pencernaan dan dapat membantu membersihkan kolon. Sebagai bonus, buah nenas juga mengandungi vitamin C yang banyak berbanding buah oren.
11. Sayur Bayam
Bayam merupakan sayur yang mempunyai kandungan tinggi dengan glutathione dan boleh membantu keperluan antioksidan dalam badan.
Sumber : Bulletproof, Rodale Wellness.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.
Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.
0 Ulasan
Terima kasih kerana sudi menghantar Komen atau Pendapat anda. Semoga penulisan di dalam blog ini bermanfaat.
Penafian : Segala komen yang berunsur negatif adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang berlaku akibat komen yang telah anda tulis di sini. Sekian.