Ahad, 7 September 2014

#07 : Tubuh Ideal? Tidak perlu menyiksa Diri

Memiliki tubuh ideal memerlukan usaha yang keras. Ramai juga dalam kalangan kita yang menyeksa diri untuk memiliki tubuh ideal di luar sana. Sebenarnya, terdapat beberapa tips untuk mendapatkan tubuh ideal dengan mudah.



Antaranya ada seperti yang berikut :-

1. Nikmati Makanan

Nikmati makanan anda seperti biasa asalkan anda tahu waktu yang tepat untuk anda makan. Bukan dengan terlalu makan dan makan dan makan tidak henti-henti. Makan jika ketika lapar sahaja.

Maksud menikmati makanan di sini adalah makan ketika tubuh badan perlukan sahaja. Makan untuk kenyang dan tenaga.

2. Berhati-hati ketika memilih makanan di pesta

Kadang-kadang, majlis yang menjemput kita adalah waktu malam. Anda tahu bukan, malam adalah waktu yang kurang tepat untuk memakan makanan yang berlemak dan terlebih tenaga. Malam adalah waktu di mana kita tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti pada waktu siang.

Malah, semua orang tahu bahawa..Malam adalah waktu untuk tidur. Cara terbaik untuk mengawal rasa makan yang melampau ketika di pesta adalah dengan mengenyangkan perut terlebih dahulu.

Oleh hal yang demikian, kita tidak akan terlajak makan di pesta itu.


4. Mulai Dengan Sup

Ketika makan di restoran pilih sup sebagai makanan pembuka. Hal ini dilakukan agar perut mudah terasa kenyang sehingga tidak tergoda memilih makanan lain dengan amaun yang banyak.

5. Duduk di Meja Makan

Terdapat fakta bahawa makan di depan televisyen akan mudah membuat perut merasa lapar. Biasakan diri makan di meja makan dan fokuskan kepada makan anda sahaja ketika makan agar kenyang pada waktu nya.

6. Memulakan dengan air suam.

Selain daripada sup, memulakan makan dengan minum air juga adalah salah satu tip untuk merasa kenyang. Tunggu beberapa minit selepas minum baru lah teruskan dengan menjamah makanan. Hal ini dapat membantu perut cepat terasa kenyang.

Penelitian menunjukan meneguk satu gelas air minum sebelum makan adalah sangat efektif menurunkan berat badan.

7. Jangan Simpan Makanan Manis

Jangan kerap atau kalau boleh jangan mengambil makanan yang manis.

8. Mulakan sekarang juga!

Dengan membaca sahaja tidak mungkin anda akan mendapat tubuh yang ideal itu. Maka, terus bertindak sekarang juga!

Bertindak memberikan anda keputusannya!


Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.


Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



Jumaat, 28 Februari 2014

#06 : Fungsi serat di dalam tubuh (Part II)

Salam kesihatan buat pembaca K2S.

..sambungan daripada artikel sebelum ini #05 : Fungsi serat di dalam tubuh (Part I).

Gelatin, gum, betaglukans, dan beberapa jenis hemiselulosa memiliki kemampuan yang tinggi untuk menahan air dan membentuk cecair kental di dalam saluran pencernaan.



Situasi ini boleh melambatkan pengosongan lambung(perut) oleh makanan dan menghalang makanan bercampur dengan enzim pencernaan sehingga boleh mengurangkanpenyerapan zat makanan di dalam usus. Proses tersebut menunjukkan serat mampu menurunkan penyerapan Asid Amino dan Asid Lemak. Kedua-dua zat tersebut memberi kesan buruk terhadap sistem pencernaan dan metabolisme tubuh. Pengambilan serat yang berlebihan boleh menyebabkan cirit birit dan pergerakan peristaltik usus tidak mampu untuk membaca makanan ke bahagian akhir saluran pembuangan.

Serat yang tersumbat boleh mengakibatkan kejang pada bahagian perut. Penambahan serapan serat yang ideal ialah mengubah pola pemakanan kerana penambahan serat yang berlebihan boleh mengganggu penyerapan dan keseimbangan Kalsium, besi, dan zink, terutama pada bayi, kanak-kanak, remaja, dan ibu hamil. Resapan serat yang terlalu banyak boleh meningkatkan pembentukan gas yang merupakan hasil penapaian serat oleh bakteria. Ini akan mengakibatkan perut terasa kembung.

Selain itu, serat yang berlebihan juga boleh mengakibatkan penurunan metabolisme atau penyerapan protein dan mineral iaitu kalsium (Ca), magnesium(Mg), Zink (Ze), kuprum (Cu), dan zat besi (Fe).

Persoalan yang kerap timbul ialah berapakah jumlah serat yang sebenar perlu di ambil oleh tubuh manusia?

Walaupun pakar gizi menyarankan mengambil serat sebanyak 25-35 gram dalam sehari, tidak semua individu memiliki keperluan serat yang sama.  Pola pemakanan orang Asia Dewasa hanya 2,000 kalori dan memerlukan serat sekitar 25 gram dalam sehari. Manakala keperluan serat orang Eropah atau Amerika Syarikat yang memiliki pola pemakanan lebih dari 2,500 kalori ialah 35 gram dalam sehari. Pakar Gizi Amerika Syarikat menyarankan supaya kanak-kanak mengambil serat sekitar 5 gram dalam sehari kerana keperluan tenaga mereka berbeza dengan individu dewasa.

Kesan penggunaan serat makanan terhadap penyakit degenaratif banyak ditemui dari penelitian terhadap perbandingan di antara individu vegetarian dan mereka yang makan daging. Lazimnya, risiko individu vegetarian menghidap penyakit degeneratif seperti penyakit jantung koronari dan beberapa janis kanser adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan individu yang mengambil daging. Individu vegetarian juga memiliki umur yang lebih panjang daripada individu yang memakan daging.


Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.



Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



#05 : Fungsi serat di dalam tubuh (Part I)

Salam kesihatan buat pembaca K2S.

Hari ini saya ingin membincangkan satu topik menarik mengenai serat dalam tubuh manusia.
Apa sebenarnya fungsi serat di dalam tubuh manusia?

Sejak kebelakangan ini, media massa kerap mendedahkan pelbagai promosi tentang kebaikan dan keunggulan pengeluaran makanan atau minuman berserat. Malah, masyarakat turut disedarkan tentang betapa pentingnya makanan yang sihat untuk keselesaan hidup.



Namun, perkara yang sebenarnya lebih penting dari kedua-duanya isu di atas ialah memberikan maklumat yang tepat mengenai fungsi serat di dalam tubuh. Suatu ketika dahulu, serat digunakan sebagai indeks untuk menilai kualiti makanan. Semakin tinggi nilai kandungan serat di dalam makanan, nilai gizinya dianggap semakin rendah. Tanggapan tersebut berakhir pada tahun 1975 iaitu pada masa para pakar kesihatan inggeris jarang menemui kes kanser kolon dan rektum. Tanggapan itu juga luntur kerana angka pengidap penyakit jantung dan buasir (haemorrhoids) penduduk di bahagian Selatan Benua Afrika yang mengamalkan menu makanan yang kaya dengan serat telah mengalami penurunan.

Sejak kebelakangan ini, para ahli klinikal, ahli nutrisi, dan ahli teknologi pemakanan bersependapatan bahawa serat merupakan komponen yang sangat penting dalam pola diet. Pemerhatian dunia kesihatan yang semakin tinggi terhadap serat makanan (dietary fiber) disebabkan pelbagai jenis penyakit yang timbul akibat dari penggunaan serat yang rendah, terutama di negara-negara maju. Penyakit ini dikenali sebagai penyakit peradaban barat (disease of western civilization). Kumpulan penyakit ini adalah seperti kencing manis (diabetes mellitus), keobesan (obesity), radang usus buntu, kanser, strok, dan penyakit pada pembuluh darah. Walaupun masih memerlukan penelitian yang lebih terperinci, kenyataan telah membuktikan bahawa pelbagai serat boleh membantu mencegah atau mengatasi penyakit seperti sembelit, gangguan usus, keobesan dan penyakit jantung.

Serat merupakan nutrisi non.gizi yang tidak boleh dihadam oleh enzim-enzim pencernaan manusia sehingga serat tidak dapat menghasilkan tenaga dan gizi, kehadiran serat di dalam makanan sangat diperlukan. Serat yang terdapat  di dalam makanan boleh memudahkan proses pembuangan air besar kerana feses tersebut menjadi lebih lembut dan jumlahnya menjadi lebih besar sehingga boleh meninggalkan saluran pencernaan dengan lebih lancar.

Berdasarkan kepada tahap kelarutannya di dalam air, serat makanan diklasifikasikan kepada dua bahagian.

Pertama : Serat yang tidak larut di dalam air
Serat yang tidak larut di dalam air ialah selulosa, hemiselulosa, dan lignin. Lazimnya, serat ini terdapat di dalam gandum, biji-bijian (serealia), buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Sebahagian besar serat tersebut berfungsi di bahagian hujung usus. Fungsi lain ialah mempercepatkan pergerakan peristaltik usus (pergerakan lapisan otot usus), membesarkan feses, dan melembutkan feses sehingga mudah untuk dikeluarkan. Oleh kerana itu, serat dikatakan boleh melancarkan pembuangan air besar.

Kedua : Serat yang larut di dalam air
Jenis serat yang larut di dalam air ialah gelatin, gum, musilago, dan betaglukans. Lazimnya, serat ini terdapat di dalam tepung beras, tepung gandum, sayur-sayuran berbentuk daun seperti kubis, dan kacang buncis, ubi-ubian, lobak merah, bit, limau, epal dan strawberi. Gelatin , gum, betaglukans dan beberapa jenis hemiselulosa memiliki kemampuan yang tinggi untuk menahan air dan membentuk cecair kental di dalam saluran pencernaan.

..bersambung ke #06 : Fungsi serat di dalam tubuh (Part II)


Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.


Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



Khamis, 27 Februari 2014

#04 : Bagaimana atlet mampu menjadi juara?

Apakah rahsia kemenangan dan kemasyuran atlet? Apakah pemakanan dan gaya hidup atlet sehingga mereka mampu sentiasa cergas dan bertenaga?

Sekiranya anda masih seorang yang vegetarian, saya menyarankan anda melihat sendiri satu keputusan ujian ini terhadap diri anda sendiri.

Apakah jenis makanan anda setiap hari? Daging? Kentang? Ayam goreng? Makanan berlemak? Sekiranya ya, anda cuba memakan makanan yang berlainan dan cuba lakukan ujian seperti di bawah.




Ujian pertama - Pada hari pertama.
Pada hari pertama, anda memakan makanan seperti lemak haiwan, daging, ayam goreng, mentega dan telur sebagai menu anda pada hari tersebut.
Kemudian , anda mengayuh basikal pada waktu petang. Rekod masa berapa lama kah anda mampu mengayuh basikal anda pada hari tersebut. Jika anda tidak mempunyai basikal atau pun tidak mahu menggunkan basikal, anda boleh berlari (Pastikan tidak lupa membuat sesi 'warm up' sebelum melakukan aktiviti jogging atau berlari).

Ujian kedua - Pada hari kedua dan seterusnya.
Pada ujian kedua ini, anda perlu menukar makanan anda sedikit demi sedikit kepada makanan yang lebih sihat dan berkualiti seperti daging , kentang, lobak merah dan mentega. Pada waktu ini, anda mungkin masih dalam permulaan dalam menukar makanan anda. Mungkin masih terselit makanan seperti ayam dan daging tetapi tidak terlalu kerap. Namun , sayur dan buah-buahan adalah diwajibkan ada dalam makanan anda pada ketika ini walaupun masih memakan daging.
Kemudian, anda lakukan perkara yang sama seperti ujian pertama dengan berlari atau berbasikal. Rekod masa anda berlari/ berbasikal. Lihat keputusannya. Adakah masih sama? Atau ada peningkatan? Adakah anda mampu berlari lebih lama atau lebih jauh berbanding sebelum ini?

Ujian ketiga - Pada hari seterusnya atau minggu selanjutnya.
Pada ujian ketiga ini, anda perlu pastikan makanan anda sudah bertukar kepada yang lebih sihat tanpa daging dan makanan yang berlemak, santan dan makanan yang berkolestrol tinggi.
Anda ambil makanan seperti makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti, kentang,jagung,sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda lakukan perkara yang sama seperti dalam ujian pertama dan ketiga... saya yakin anda akan terkejut melihat keputusan masa larian dan berbasikal anda lebih baik berbanding sebelumnya.

Dr. Per Olof Astand, pakar ilmuan Sweden telah melakukan ujian untuk menentukan makanan yang terbaik dan mampu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi para olahragawan. Sembilan individu atlet telah dipilih untuk mencuba menu makanan yang berbeza selama tiga hari. Menu yang makanan yang diberikan ialah seperti yang berikut.

Fasa I
Pada fasa ini diberikan makanan bercampur seperti kentang goreng, daging , lobak , mentega dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan mereka mampu mengayuh basikal selama 114 minit.

Fasa II
Pada fasa ini diberikan makanan berprotein tinggi dan lemak haiwan seperti daging, ikan , mentega dan telur. Selepas itu para atlet diminta mengayuh basikal statik. Hasil kajian menunjukkan mereka mampu mengayuh basikal selama 57 minit.

Fasa III
Pada fasa ini diberikan makanan berkarbohidrat tinggi seperti roti, kentang, jagung , sayuran dan buah-buahan. Selepas itu, para atlet diminta mengayuh basikal statik. Hasil kajian menunjukkan mereka mampu mengayuh selama 167 minit.

Dari hasil ujian tersebut dapat dilihat bahawa daya ketahanan atlet yang menggunakan menu vegetarian hampir tiga kali lebih besar daripada mereka yang mengambil pemakanan berdaging dan hasil penternakan yang lain.Tenaga para atlet yang mengambil menu vegetarian lebih cepat sembuh sehingga lebih bersedia untuk mengulangi ujian tersebut daripada pesaingnya.


Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.


Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



#03 : 5 Alasan mengapa manusia tidak sesuai memakan daging

Terdapat beberapa alasan yang boleh dibincangkan bahawa manusia lebih sesuai menjadi Vegetarian berbanding memakan daging melalui proses tubuh manusia. Cuba anda perhatikan perbezaan antara makhluk Herbivor (Haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Karnivor (Haiwan pemakan daging). Anda pasti dapat melihat kesesuaian manusia sama seperti Herbivor atau Karnivor.

Mari kita bincangkan bersama.



Pertama - Mulut
Mulut manusia terbuka kecil manakala mulut haiwan pemakan daging seperti Harimau terbuka dengan lebar sehingga segumpal daging yang besar boleh masuk ke dalam mulutnya.

Kedua - Susunan Gigi
Manusia mempunyai gigi seri dan gigi geraham. Gigi seri berfungsi untuk memotong makanan, manakala gigi geraham pula berfungsi untuk menghancurkan dan mengunyah makanan, sama seperti haiwan Herbivor. Haiwan pemakan daging pula memiliki gigi taring yang panjang, kuat dan tajam yang berfungsi untuk memotong dan mengoyakkan daging.

Ketiga - Gerakan Rahang
Gerakan rahang haiwan pemakan daging searah membuka dan menutup. Manakala, haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan memiliki 3 gerakan rahang yang berbeza iaitu menegak, ke atas dan ke bahagian sisi atau bahagian sisi depan dan belakang, ianya sama seperti gerakan rahang manusia.

Keempat - Usus
Haiwan pemakan daging mempunyai usus kecil yang pendek dan usus besar yang sangat pendek , lurus dan licin. Manakala haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan memiliki kapasiti perut yang lebih besar dengan bahagian-bahagian yang lebih rumit. Sebagai contoh, perut ternakan peliharaan berlipat-lipat, usus kecilnya sangat panjang dan licin. Usus manusia tidak terbentuk seperti pemakan daging, tetapi sama seperti haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan.

Kelima - Jalur peluh
Haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan berpeluh melalui kulit sama seperti manusia. Manakala peluh haiwan pemakan daging keluar melalui mulutnya. Air liur manusia mempunyai enzim Ptialin, sama seperti pemakan tumbuh-tumbuhan. Enzim tersebut digunakan untuk menghadam tepung dan air beras. Manusia minum air dengan cara menghisap atau ,menyedut, sama seperti haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan. Manakala, semua haiwan pemakan daging minum air dengan menggunakan lidah. Garam hempedu pada manusia sama seperti haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan.



Sudah jelas bukan?
Manusia dijadikan bukan sebagai pemakan daging. Ini bermakna, tidak hairan lah jika banyak penyakit timbul akibat memakan daging seperti penyakit jantung, kanser, strok dan darah tinggi. Ilmu pengetahuan telah lama membuktikan bahawa makanan vegetarian boleh mencengah penyakit-penyakit tersebut.


Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.



Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



Selasa, 25 Februari 2014

#02 : Menikmati Hidup dengan vegetarian bukanlah satu perkara remeh

Salam kesihatan buat pembaca K2S.

Semoga anda sihat sejahtera. Pernahkah anda terfikir-fikir bagaimana agaknya mereka yang vegetarian itu mampu mengawal nafsu makan? Tambahan pula apabila pergi ke majlis perkahwinan atau kenduri kendara yang menghidangkan makanan sedap-sedap belaka? Bukan itu sahaja, jika makan di luar pun, yang kita nampak makanan yang menonjol sudah pasti makanan seperti Daging Kari, Kari Kambing, Ayam masak merah dan bila Hari raya? Rendangg!! Oh TIDAK!

Kalau hari raya, setahun sekali, rasanya vegetarian tak ambil kisah sangat untuk makan sekali setahun. Tapi pastikan lepas hari raya sudah tidak makan makanan seperti itu. Tetapi, kemungkinan besar juga, individu vegetarian ini kuat mentalnya. Langsung tidak menyentuh makanan seperti daging, ayam dan makanan yang berlemak. Bagaimana mereka lakukan?



Apa kata kita bincangkan. Di bawah ada beberapa tips untuk menjadi seorang vegetarian.

Pertama.
Tanyakan kepada diri anda, mengapa ingin menjadi Vegetarian? Jangan sesekali untuk bertanya kepada diri sendiri bagaimana untuk melakukannya kerana apabila anda mempunyai jawapan daripada soalan "Mengapa" , secara automatiknya anda akan tahu caranya. Hal ini kerana, soalan mengapa itu merangsang anda untuk melihat sejauh mana kebaikan menjadi vegetarian. Anda akan menyearaikan kebaikan menjadi seorang vegetarian.

Sekiranya jawapan anda untuk soalan "mengapa" itu sangat banyak manfaatnya kepada diri anda dan keluarga anda, maka bersungguh-sungguh lah untuk menjadi seorang Vegetarian.

Kedua.
Jika sudah benar-benar membuat keputusan untuk menjadi seorang yang sihat dan cergas dengan menjadi seorang Vegetarian, cuba pusatkan fikiran dan keperibadian yang positif terhadap diri sendiri seperti yakin bahawa anda boleh melakukannya.

Ketiga.
Buat perubahan jadual makanan anda sedikit demi sedikit secara berperingkat. Hal ini kerana badan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cara pemakanan yang baru. Saya mencadangkan anda untuk menulis setiap rancangan pemakanan anda mengikut mingguan dan harian. Anda perlu wajibkan sayur di dalam makanan atau hidangan anda. Disebabkan anda masih pemula untuk menjadi Vegetarian, anda boleh menukar cara pemakanan dengan mengurangkan memakan daging mungkin hanya seminggu sekali dua. Seterusnya hanya sekali seminggu sehingga tiada daging di dalam menu harian anda.

Keempat.
Ketika menghidangkan makanan, pastikan makanan berbeza-beza seperti kacang-kacangan, tempe, sayuran yang beraneka warna agar anda merasa seronok untuk memakannya dan ia kelihatan lazat.

Kelima.
Kerap menukar menu sayuran harian anda mengikut resepi yang berbeza seperti ala masakan India, China dan masakan yang lain-lain.

Keenam.
Anda perlu perbanyakkan meminum air putih (Dengan menjadi Vegetarian , tubuh anda akan begitu banyak serat untuk mencerna). Dengan memperbanyakkan minum air putih ia akan lebih memudahkan pencernaan.

Ketujuh.
Jangan lupakan nutrisi lain seperti protein dan kalsium. Anda boleh mendapatkan sumber protein dengan makanan kacang-kacangan dan kalsium dengan susu.

Kelapan.
Hindari makanan bergoreng, santan, telur dan jangan terlalu mengambil garam dan gula tetapi banyakkan memakan buah-buahan.

Bahan Bacaan : Diet Seimbang
Bahan Bacaan : Cara dan panduan bekam


Mengapa agaknya hidup tanpa pengambilan daging?

Ketika Allah SWT enciptakan Adam dan Hawa , diurukan bersaa petunjuk yang benar mengenai bahan-bahan yang perlu mereka makan. Allah SWT berfirman, "Lihatlah , aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji diseluruh bumi dan segala pohon-pohon yang buahnya berbiji , itulah yang akan menjadi makananmu.."

Selepas Adam dan Hawa dihalau dari Syurga, makanan semulajadi terdiri dari buah-buahan, kekacang dan gandum telah disesuaikan dengan seluruh tanaman seperti semak, rumput dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di atas padang. Ribuan tahun kemudiannya, selepas bencana banjir pada zaman Nabi Nuh, berlaku kerosakan pada semua tanaman dan Allah SWT mengizinkan haiwan dijadikan sebagai makanan. Allah SWT berfirman, "segala yang bergerak dan yang hidup akan menjadi makananmu. Aku telah memberikan semua itu kepadamu sama seperti tumbuh-tumbuhan hijau..".

Setiap individu yang berkeinginan tinggi untuk hidup sihat dan panjang umur perlu serius menerima kemungkinan menjadi Vegetarian. Walaupun ia nampak remeh, dewasa ini galakkan untuk menjadi vegetarian sedang mengalami arus kemasyuran yang baru. Masyarakat sudah mula memahami bahawa mencari bahan makanan dari tumbuh-tumbuhan lebih bijaksana daripada encari bahan makanan dari daging haiwan.




Mungkin anda mengganggap bahawa seseorang itu tidak akan berusaha keras untuk melakukan pekerjaan yang berat sepanjang hari dengan hanya memakan nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Mungkin juga anda tidak perasan bahawa lembu, kuda dan gajah menunjukkan kekuatannya yang menakjubkan sedangkan haiwan-haiwan ini hanya makan tumbuh-tumbuhan. Harimau pula akan daging tetapi tenaganya yang kuat itu hanya bertahan untuk seketika dan harimau tidak memiliki kekuatan untuk bekerja.
Bahan Bacaan : Penawar resdung,gout dan Migrain


Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.



Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



Khamis, 20 Februari 2014

#01 : Kenali Vegetarian dengan lebih dekat

Untuk post yang pertama di dalam blog kesihatan ini, saya ingin bercerita mengenai Vegetarian. Orang ramai kat luar sana, saya yakin memang sudah tahu apa itu vegetarian. Tapi saya rasa, tak salah untuk kita bincangkan topik ini semula untuk ulang kaji ilmu atau pun, mungkin juga ada yang masih kabur mengenai Vegetarian.



Apa itu Vegetarian?

Biarlah saya jelaskan maksud yang ringkas sahaja kepada kita semua kerana saya rasa tak penting untuk jelaskan mengikut kamus Dewan Bahasa untuk ringkasan ini.

Vegetarian mempunyai dua maksud.
Maksud Pertama :
Individu yang tidak mengamalkan makanan yang berdaging tetapi hanya makan sayur-sayuran dan bahan makanan tumbuh-tumbuhan yang lain.

Maksud Kedua :
Vegetarian adalah sesuatu yang tidak mengandungi daging atau tanpa daging.

Seperti yang kita sedia maklum, ramai orang sekeliling kita yang sudah lama mengamalkan gaya hidup Vegetarian. Terdapat beberapa faktor mengapa manusia memilih untuk menjadi Vegetarian.

Faktor pertama :
Keyakinan kepada agama. Agama yang dimaksudkan di sini adalah individu yang menganut agama Hindu, Buddha dan Kristian Advent.
Bahan bacaan : Vegetarian menurut setiap agama

Faktor kedua :
Kesedaran dan keinginan memiliki penampilan yang sentiasa cergas dan awet muda.
Bahan bacaan : Kurangkan berat badan extreme
Bahan bacaan : Panduan diet seimbang

Faktor ketiga :
Faktor kesihatan dan mental

Kita tidak boleh salah faham mengenai Vegetarian. Tidak semestinya individu yang mengamalkan Vegetarian adalah semata-mata kerana agama atau kepercayaan karut. Apakah pendapat anda jika anda beralih kepada individu yang bukan vegetarian kemudian menjadi vegetarian kerana faktor yang ketiga? Sudah berpenyakit baru nak jadi Vegeterian sudah agak terlambat. Lebih elok jika kita cuba untuk melatih diri menjadi seorang yang Vegetarian sebelum sakit. Betul kan?

Sebenarnya, memang ramai dalam kalangan kita, menjadi vegetarian setelah berpenyakit. Tidak dapat dinafikan. Saya rasa, elok sekiranya kita mulakan pola hidup sihat kita bermula hari ini. Malah sekarang!

Terdapat beberapa kumpulan Vegetarian untuk menjadi pengetahuan kita bersama. Antaranya:

VEGETARIAN VEGAN
Kumpulan ini menolak produk yang mengandungi unsur-unsur haiwan sepenuhnya. Kumpulan ini wujud sekitar 1044 akibat kecewa dengan kumpulan vegetarian yang walaupun vegetarian tetapi masih mengambil 'Dairy Products' . Kumpulan ini menolak unsur-unsur haiwan sepenuhnya tidak sahaja makanan tetapi dengan pakaian atau harta benda yang melibatkan haiwan.

VEGETARIAN LACTO
Kumpulan Vegetarian Lacto adalah mereka yang mengamalkan diet vegetarian tetapi masih mengambil produk tenusu seperti susu, keju, yogurt, mentega, minyak sapi dan krim tetapi tidak termasuk telur.
Kesimpulannya, kumpulan ini benar-benar menghindari segala bentuk yang berunsur haiwan termasuklah telur. susu, yogurt, mentega dan seumpama dengannya. Mereka hanya memakan sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan sama dengannya. Kumpulan ini juga menahan diri dari memakan keju yang mengandungi haiwan dan yogurt yang mengandungi Gelatin. Konsep dan amalan kumpulan ini ialah dalam kalangan yang berasal dari India Purba dan pada asalnya berdasarkan kepercayaan agama.

VEGETARIAN LACTO-OVO
Kumpulan ini adalah individu Vegetarian yang tidak memakan daging haiwan dalam apa jua bentuk, tetapi masih menggunakan susu dan produk telur. Disebutkan tidak memakan daging itu adalah bermakna daging lembu , babi, ayam , ikan atau kerang. 'Lacto' adalah bermaksud 'susu' dalam bahasa Latin. Manakala, 'Ovo' pula adalah 'telur' .


VEGETARIAN PESCO
Kumpulan ini adalah kumpulan individu Vegetarian yang mengamalkan diet dengan tidak memakan daging haiwan tetapi menambah menu makanan laut seperti ikan dan kerang-kerangan. Kumpulan ini bergabung dengan kumpulan Vegetarian Lacto-Ovo yang mengambil susu dan telur. Malah, kumpulan ini juga mengambil produk sampingan seperti madu, Laka dan Merah Tua yang berasal dari serangga.


VEGETARIAN FLUCTARIAN
Kumpulan ini dikatakan sebagai kumpulan yang paling longgar aturannya lantaran mereka hanya berpantang untuk memakan daging merah tetapi masih memakan daging lain seperti ayam dan lain-lain.


Sebenarnya pola gaya hidup sihat dengan menjadi seorang yang mengamalkan makanan hanya sayur dan buah-buahan adalah sangat popular pada zaman ini yang sudah pun mula tercemar dengan pelbagai penyakit. Namun, untuk menjadi seorang Vegeterian mungkin menjadi sukar sekiranya tidak mempunyai kekuatan mental dan fizikal dalam menahan diri daripada memakan makanan bukan vegetarian.

Apa reaksi anda apabila saya utarakan beberapa kelebihan Vegetarian ini?

Kebaikan Vegetarian adalah:

Pertama:
Dapat mencegah penyumbatan urat nadi jantung sehingga 97% (Sumber : Journal of American Medical Association,1961.
Berdasarkan laporan China Health Project pula, masyarakat China yang kurang makan lemak haiwan berdepan risiko yang rendah menghidap kanser, penyakit jantung atau penyakit lain.
Di Amerika Syarikat, satu daripada sembilan wanita yang berusia 40 tahun ke atas menderita penyakit jantung malah kebanyakan lelaki pemakan daging berpeluang 50% meninggal dunia akibat penyakit jantung. Risiko ini menurun 15% jika berhenti makan daging dan mengamalkan makan sayur.

Kedua:
Umur akan lebih panjang. Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging.

Ketiga:
Jauh daripada ancaman kanser kerana terdapat hasil kajian Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara.
Kajian di Jerman pula mengatakan bahawa sistem kekebalan wanita ‘vegetarian’ lebih efektif membunuh sel kanser. Sayur-sayuran melindungi anda daripada kanser prostat, kanser usus besar dan kulit.

Keempat:
Tubuh menjadi lebih langsing. Secara umumnya, pemakan sayur mempunyai tubuh yang lebih langsing berbanding individu pemakan daging. Hal ini kerana sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah.
Maka, tidak hairanlah pemakan sayur jarang mengalami masalah berat badan yang menjadi punca kepada sakit kencing manis.
Bahan bacaan : Kuasa Minda Wanita Langsing

Kelima:
Mengamalkan pola pemakanan vegetarian boleh melindungi daripada sebarang pencemaran. Hampir 95% pencemaran datang daripada daging, produk haiwan yang lain dan ikan.

Keenam:
Menjadi vegetarian adalah lebih jimat sebenarnya. Makanan produk haiwan umumnya lebih mahal jika dibandingkan sayur-sayuran. Oleh demikian, pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menggantikan daging, ayam atau ikan memberi lebih penjimatan dalam kehidupan anda.

Masih banyak kebaikan menjadi vegetarian tetapi saya rasa, cukup enam sahaja yang saya senaraikan untuk bacaan anda kerana keenam-enam kebaikan yang saya sudah senaraikan sudah pasti membuatkan anda merasa ada kemahuan untuk menjadi seorang Vegetarian. :)

Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.



Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



PENAFIAN

Hakcipta terpelihara 2017. Setiap yang ditulis di ZONE KLIK TO SIHAT merupakan ilmu pengetahuan mengenai kesihatan dari pelbagai sumber dan rujukan dari internet mahupun buku-buku panduan berkaitan dengan kesihatan. Penulisan, panduan,tutorial dan pembelajaran di dalam bolg ini bukanlah satu arahan atau saranan dari pihak profesional. Penggunaan ilmu atau pembelajaran dari isi kandungan blog ini adalah bukan seratus peratus muktamad.Pihak ZONE KLIK TO SIHAT tidak akan bertanggungjawab atau jaminan terhadap ketidak-lengkapan dari setiap panduan,tutorial dan pembelajaran yang ditulis di dalam blog ini sama ada tersurat mahupun tersirat. Setiap penulisan yang ada di dalam blog ini kemungkinan terdapat informasi yang sudah dikemas kini dari pihak sumber dan rujukan. Pihak ZONE KLIK TO SIHAT tidak akan bertanggungjawab atas risiko mendapat informasi yang belum dikemas kini terutamanya di artikel yang lepas-lepas. Pihak ZONE KLIK TO SIHAT berhak untuk mengubah atau memperbaharui informasi di dalam blog ini setiap masa.


Sofinah Lamudin - ZONE KLIK TO SIHAT.