Jumaat, 28 Februari 2014

#05 : Fungsi serat di dalam tubuh (Part I)

Salam kesihatan buat pembaca K2S.

Hari ini saya ingin membincangkan satu topik menarik mengenai serat dalam tubuh manusia.
Apa sebenarnya fungsi serat di dalam tubuh manusia?

Sejak kebelakangan ini, media massa kerap mendedahkan pelbagai promosi tentang kebaikan dan keunggulan pengeluaran makanan atau minuman berserat. Malah, masyarakat turut disedarkan tentang betapa pentingnya makanan yang sihat untuk keselesaan hidup.



Namun, perkara yang sebenarnya lebih penting dari kedua-duanya isu di atas ialah memberikan maklumat yang tepat mengenai fungsi serat di dalam tubuh. Suatu ketika dahulu, serat digunakan sebagai indeks untuk menilai kualiti makanan. Semakin tinggi nilai kandungan serat di dalam makanan, nilai gizinya dianggap semakin rendah. Tanggapan tersebut berakhir pada tahun 1975 iaitu pada masa para pakar kesihatan inggeris jarang menemui kes kanser kolon dan rektum. Tanggapan itu juga luntur kerana angka pengidap penyakit jantung dan buasir (haemorrhoids) penduduk di bahagian Selatan Benua Afrika yang mengamalkan menu makanan yang kaya dengan serat telah mengalami penurunan.

Sejak kebelakangan ini, para ahli klinikal, ahli nutrisi, dan ahli teknologi pemakanan bersependapatan bahawa serat merupakan komponen yang sangat penting dalam pola diet. Pemerhatian dunia kesihatan yang semakin tinggi terhadap serat makanan (dietary fiber) disebabkan pelbagai jenis penyakit yang timbul akibat dari penggunaan serat yang rendah, terutama di negara-negara maju. Penyakit ini dikenali sebagai penyakit peradaban barat (disease of western civilization). Kumpulan penyakit ini adalah seperti kencing manis (diabetes mellitus), keobesan (obesity), radang usus buntu, kanser, strok, dan penyakit pada pembuluh darah. Walaupun masih memerlukan penelitian yang lebih terperinci, kenyataan telah membuktikan bahawa pelbagai serat boleh membantu mencegah atau mengatasi penyakit seperti sembelit, gangguan usus, keobesan dan penyakit jantung.

Serat merupakan nutrisi non.gizi yang tidak boleh dihadam oleh enzim-enzim pencernaan manusia sehingga serat tidak dapat menghasilkan tenaga dan gizi, kehadiran serat di dalam makanan sangat diperlukan. Serat yang terdapat  di dalam makanan boleh memudahkan proses pembuangan air besar kerana feses tersebut menjadi lebih lembut dan jumlahnya menjadi lebih besar sehingga boleh meninggalkan saluran pencernaan dengan lebih lancar.

Berdasarkan kepada tahap kelarutannya di dalam air, serat makanan diklasifikasikan kepada dua bahagian.

Pertama : Serat yang tidak larut di dalam air
Serat yang tidak larut di dalam air ialah selulosa, hemiselulosa, dan lignin. Lazimnya, serat ini terdapat di dalam gandum, biji-bijian (serealia), buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Sebahagian besar serat tersebut berfungsi di bahagian hujung usus. Fungsi lain ialah mempercepatkan pergerakan peristaltik usus (pergerakan lapisan otot usus), membesarkan feses, dan melembutkan feses sehingga mudah untuk dikeluarkan. Oleh kerana itu, serat dikatakan boleh melancarkan pembuangan air besar.

Kedua : Serat yang larut di dalam air
Jenis serat yang larut di dalam air ialah gelatin, gum, musilago, dan betaglukans. Lazimnya, serat ini terdapat di dalam tepung beras, tepung gandum, sayur-sayuran berbentuk daun seperti kubis, dan kacang buncis, ubi-ubian, lobak merah, bit, limau, epal dan strawberi. Gelatin , gum, betaglukans dan beberapa jenis hemiselulosa memiliki kemampuan yang tinggi untuk menahan air dan membentuk cecair kental di dalam saluran pencernaan.

..bersambung ke #06 : Fungsi serat di dalam tubuh (Part II)


Sekian.


Terima kasih kerana sudi membaca ilmu kesihatan ini. Jangan lupa menghantar komen anda.

Sekiranya anda ingin mendapat artikel kesihatan melalui email setiap kali saya kemaskini entry blog ini, anda boleh mengisikan nama dan email anda di dalam borang di bawah. Terima kasih.


Tidak mahu terlepas artikel
kesihatan daripada
KLIK TO SIHAT?
Ingin menjadi pembaca setia
KLIK TO SIHAT?
Sila isikan nama dan
alamat emel anda SEKARANG!
NAMA :
ALAMAT EMEL :
TIADA Spam.
Saya sangat menghormati
privacy anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi menghantar Komen atau Pendapat anda..

PENAFIAN

Hakcipta terpelihara 2017. Setiap yang ditulis di ZONE KLIK TO SIHAT merupakan ilmu pengetahuan mengenai kesihatan dari pelbagai sumber dan rujukan dari internet mahupun buku-buku panduan berkaitan dengan kesihatan. Penulisan, panduan,tutorial dan pembelajaran di dalam bolg ini bukanlah satu arahan atau saranan dari pihak profesional. Penggunaan ilmu atau pembelajaran dari isi kandungan blog ini adalah bukan seratus peratus muktamad.Pihak ZONE KLIK TO SIHAT tidak akan bertanggungjawab atau jaminan terhadap ketidak-lengkapan dari setiap panduan,tutorial dan pembelajaran yang ditulis di dalam blog ini sama ada tersurat mahupun tersirat. Setiap penulisan yang ada di dalam blog ini kemungkinan terdapat informasi yang sudah dikemas kini dari pihak sumber dan rujukan. Pihak ZONE KLIK TO SIHAT tidak akan bertanggungjawab atas risiko mendapat informasi yang belum dikemas kini terutamanya di artikel yang lepas-lepas. Pihak ZONE KLIK TO SIHAT berhak untuk mengubah atau memperbaharui informasi di dalam blog ini setiap masa.


Sofinah Lamudin - ZONE KLIK TO SIHAT.